Muslimah Sejati
Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dickelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…

Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Menggenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantikan diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati…

cahayaputerisolehah.blogspot.com

Tuesday, April 6, 2010

Kawan...

Adakah itu dinamakan kawan jika dendam bermaharajalela di hati?

Adakah itu dinamakan kawan jika sengaja ingin menyakiti?

Adakah itu dinamakan kawan jika kepercayaan tidah wujud sama sekali?

Adakah itu dinamakan kawan jika selalu mengingatkan yg buruk daripada yang baik?

Aku benar-benar kecewa...kecewa tak terhingga...tetapi ini yang engkau mahukan...jangan salahkan aku...

Assalamualaikum...

terlalu banyak yang ingin dikongsi...

so, on top of what im supposed 2 update, here's more...

-mdi-ukhuwwah
-exams
-maintaining akhlak, relationship ties..
-acting? media, tv shows...

I need sleep...

Slamat mlm!